Cerita Kita (You, Me and We): 2009

Sunday, April 26, 2009

Coretan Merungkai Rindu

Salam ingatan... salam rindu berpanjangan buat anak-anak murid Teacher yang sentiasa di dalam doa dan ingatan Teacher....
Akhirnya di hujung minggu yang sunyi sepi ini, dapat juga Teacher meluangkan masa mencoret sepatah dua untuk tatapan kamu...
Sudah lama sebenarnya keinginan untuk menulis cerita di sini Teacher pendamkan, lantaran masa yang tidak mengizinkan.
Sebetulnya Teacher terlalu sibuk dengan kerja-kerja di sekolah yang sering bertambah... malah tidak pernah berkurang... Baru Teacher sedar... beginilah rupanya menjadi guru.... Amat penat dan melelahkan.... Teacher terlalu penat, sayang....
Tetapi, bila Faris bertanya, kenapa Teacher tidak membuat coretan lagi, Teacher merasa terharu.. Terlalu lama rupanya Teacher tidak berkirim khabar....
Teacher di sini masih dalam keadaan sihat walaupun terkadang tugas sebagai guru ini memeningkan kepala, memerlukan kerahan fikiran serta tenaga..... Syukurlah... kerana sepanjang di sini Teacher tidak pernah sakit.... Teacher harap kamu juga sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat dan gembira....

Bagaimana dengan pelajaran kamu sekarang? Tentu bertambah baik memandangkan sudah masuk bulan ke lima kamu mengharungi persekolahan... Hmmm... Begitu cepat masa berlalu...
Teacher sekarang sebenarnya sibuk dengan program 3K di sekolah... Tak tahulah sama ada SKB pun turut menyertai pertandingan 3K ataupun tidak. Untuk pertandingan ini, Teacher perlu mencantikkan kelas yang Teacher jaga, iaitu kelas murid tahun 2. Tandas pun Teacher kena cantikkan. Sebab itu Teacher banyak habiskan masa di sekolah sehingga petang dan hari minggu. Walaupun penat, Teacher kena berazam untuk mencantikkan kelas dan tandas sebelum cuti bulan 6 ini.... kerana selepas itu Teacher perlu mengambil cuti panjang ... :).

Kesibukan melakukan pelbagai tugas...



Inilah kelas Teacher sekarang.... Sekarang Teacher sibuk menghias kelas supaya anak-anak murid Teacher selesa dan seronok ketika belajar. Harap-harapnya Taman Mini Herba Teacher di dalam kelas ini akan terus hidup subur....


Selain sibuk dengan tugas menceriakan kelas, setiap hujung minggu pada hari Sabtu, Teacher jarang bercuti seperti orang lain. Biasanya Teacher perlu menghadiri aktiviti Ko-Kurikulum untuk Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya, Pengakap dan Sukan Bola Sepak...Hehe... Teacher tak minat bola sepak dan tak reti nak ajar anak murid Teacher main bola sepak. Tapi, bila menjadi guru ni, semua benda guru perlu lakukan walaupun ia seperti mustahil... Sebab itu orang Jepun kata, "Sensei Wa Eraiii!!!''. Dalam Bahasa Inggeris maksudnya, "All teachers are awsome!!''. Faham tak maksudnya? Kalau tak faham, buka kamus..Hehe.. Maksudnya semua guru adalah hebat-hebat belaka...! Kenapa? Kerana biasanya, seorang guru boleh melakukan banyak tugas dalam satu masa walaupun orang lain tidak mampu melakukannya. Seorang guru boleh melakukan tugas sebagai tukang kebun walaupun dia seorang guru. Seorang guru juga mampu menjadi tukang cuci, tukang masak, kerani, pengasuh, jaga, imam, penceramah, kawan, kaunselor dan pelbagai tugas dalam satu masa di sekolah... Kalau tak percaya, boleh balik tanya mak ayah... Hehe... Insya Allah, sekiranya kamu semua tidak mengerti apa yang Teacher ceritakan ini, bila kamu dewasa, pasti kamu akan dapat memahaminya. Jadi, simpanlah catatan Teacher ini... Mungkin, satu masa nanti akan tiba saatnya kamu dapat merasai pengorbanan seorang guru, dan sebahagian kecilnya pernah Teacher catatkan di sini...


''Sensei Wa Eraiii!!! = Semua Guru Adalah Hebat!!!''

Hmm... Teacher rasa sampai di sini sahaja dulu coretan Teacher pada kali ini... Sebelum menoktahkan catatan ini, Teacher ingin berpesan sekali lagi agar kamu semua dapat menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Kerana bagi seorang manusia, masa adalah harta yang paling bernilai di dalam kehidupan. Masa juga boleh merubah nasib seseorang. Bergantung kepada kita untuk menggunakannya bagaimana... Seperti pepatah Arab yang bermaksud:

''Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia yang akan memotong kita''

Sekian dahulu dari Teacher....

Monday, April 13, 2009

A Poem: Falling Leaf

I am but a lonely leaf,

As it falls to the ground,

Floating aimlessly downward,

With no other leaves around.

I am but a lonely leaf,

Drifting with a mind of its own,

Never knowing where it may land,

Or which direction it will be blown.

I am but a lonely leaf,

Yet sometimes I am as green as can be,

Flying through the air happy,

Like I was set free.

I am but a lonely leaf,

And most of the time I am brown,

For even if there are other leaves,

I feel like I'm the only one around.

 

                    Judy