Cerita Kita (You, Me and We): 2008

Friday, November 21, 2008

Catatan 6: Salam Cuti-cuti...

Assalamuálaikum... Salam sejahtera...
Salam kerinduan buat anak-anak murid Teacher yang tidak lekang dari ingatan...
Semoga semuanya berada di dalam keadaan yang baik-baik selalu...
Lama Teacher tidak mencoret sebarang catatan di sini... Bukan tidak berkesempatan.. Tetapi setiap kali Teacher mahu menekan papan kekunci laptop, jari jemari Teacher terasa kaku.. Mungkin terlalu banyak yang Teacher mahu ceritakan pada kamu.. tetapi tidak tahu untuk mulakan catatan ini dari mana... Atau mungkin juga kerana kepenatan, jadi fikiran Teacher seperti sudah tepu untuk menyusun ayat untuk dinukilkan di sini... Jadi, di keheningan malam yang sudah kian hampir ke penghujungnya ini, Teacher cuba juga untuk mencatat sebaris kata ... untuk menjadi tatapan kalian...

Pertama-tamanya Teacher ingin mengucapkan selamat bercuti.. Semoga cuti panjang kali ini dapat kamu isikan dengan aktiviti yang bermanfaat... Juga, bersyukurlah dengan nikmat cuti ini, kerana setelah sekian lama kamu berhempas pulas belajar dan menduduki peperiksaan, kamu berpeluang untuk meluangkan masa bersama keluarga dan merapatkan tali silaturrahim di antara sanak-saudara dan sahabat-sahabat kamu yang mungkin sudah lama kamu tidak temui atau kunjungi... Teacher percaya ramai antara kamu yang sedang riang gembira menghabiskan cuti di kampung halaman...

Teacher pula tidak berpeluang bercuti panjang seperti kamu, kerana tempoh pengajian Teacher di maktab masih belum tamat. Ada lebih kurang tiga minggu lagi sebelum Teacher menamatkan pengajian di sini. Selepas itu, mungkin Teacher akan 'mengembara'dan merantau sekali lagi untuk memulakan tugas sebagai seorang guru, mengajar di mana-mana sekolah. Tapi, Teacher belum tahu lagi di mana Teacher akan mengajar. Hmm...agak-agaknya di mana ya?

Teacher hanya sempat bercuti di kampung Teacher selama seminggu. Walaupun hanya seminggu, cukuplah jadi pengubat rindu Teacher pada kampung halaman, keluarga dan masakan 'ummi' Teacher...:) .


Teratak Bayt Rahmah- rumah Teacher yang sunyi tetapi akan kembali riuh setiap kali cuti sekolah bermula


Ya... Berjauhan daripada keluarga dalam jangka masa yang agak lama... Hidup berdikari dengan segala susah payah... Itu jugalah yang kamu akan lalui bila kamu sudah menginjak ke usia dewasa suatu hari nanti...

Teringat pula semasa di bangku sekolah rendah dulu, Teacher pernah merasa tidak sabar untuk ke sekolah menengah... kerana tidak tahan dengan kerenah kawan-kawan sebaya Teacher yang selalunya nakal dan kerap mengusik... seperti kamu juga.. (Nakal tahap gaban.. :P).. Teacher masih ingat lagi, semasa Teacher berada di darjah Enam, Teacher pernah memasang cita-cita untuk menyambung pelajaran ke sekolah menengah yang mempunyai pelajar perempuan sahaja, gara-gara tidak tahan menjadi 'mangsa buli' rakan-rakan sebaya Teacher yang lelaki... Mungkin kerana ketika itu, Teacherlah yang paling kecil di antara-antara rakan-rakan, yang menyebabkan Teacher senang dibuli... (Kesian kan..?)

Namun, bila berada di sekolah menengah, Teacher merasa ingin kembali ke sekolah rendah.. lantaran tanggungjawab dan cabaran saat usia meningkat remaja di zaman sekolah menengah yang kian berat dan getir... Namun, ketika itulah di mana semangat dan cita-cita untuk membina impian pada masa hadapan kian menyubur dengan pelbagai cita-cita, keinginan dan kecenderungan... Ketika itu, Teacher mempunyai pelbagai minat dan cita-cita.. bukan hanya satu cita-cita... Teacher pernah bercita-cita untuk menjadi penulis, pelukis, sasterawan, ahli politik, kaunselor dan sebagainya...
Ketika Teacher teringin untuk menjadi seorang penulis, semasa waktu senggang seperti hari cutilah Teacher akan meluangkan masa untuk membaca cerpen, novel dan bahan-bahan sastera..dan kemudian Teacher akan cuba menulis sepenuh perasaan walau hanya serangkap puisi atau walau hanya cerita pendek yang tidak pernah selesai hingga ke hari ini...
Di waktu yang lain, jika Teacher ingin mengasah bakat terpendam untuk melukis, Teacher akan mula mengasah pensel dan mencarik sehelai kertas kosong dan mencapai mana-mana gambar sesiapa jua yang biasanya Teacher sangat kagumi... kemudian Teacher akan melakar potret itu sedikit demi sedikit sehingga terhasil satu lukisan potret walaupun ia tidak begitu menjadi... kerana itulah caranya Teacher menyuburkan minat Teacher terhadap seni... Malah sehingga ke hari ini, minat melukis potret tidak pernah padam dalam diri Teacher walaupun potret-potret yang dilukis tidak pernah menjadi dengan sempurna...



Biasanya, bila Teacher melukis, adik-beradik, serta Umi dan Abah Teacher akan turut sama melihat Teacher melukis sambil sibuk memberi komen sebab lukisan Teacher memang tak pernah menjadi... :P




As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin- Sempena mengenang pemergian seorang pejuang ummah yang gugur syahid..


Sami Yusuf-Artis Nasyid yang membawa lagu Muállim


(Kertas-kertas conteng Teacher dulu-dulu yang berjaya dijumpai kembali)



Seringkali juga, di waktu luang, biasanya setelah Abah Teacher balik dari mendengar ceramah, Teacher akan buru-buru mengadapnya dan mendengar Abah Teacher menceritakan kembali isi ceramah (biasanya ceramah politik) yang didengarinya. Selepas itu, Teacher akan membaca surat khabar yang mengandungi isu-isu atau cerita yang berkaitan dengan ceramah yang Abah Teacher ceritakan... Dan dari situlah... minat Teacher terhadap 'politik' berkembang mekar sehingga Teacher bawa minat itu ke alam kampus (universiti).

Namun... di antara cita-cita Teacher yang banyak itu... hanya satu cita-cita sahaja yang mungkin Teacher akan berjaya capai... Cita-cita yang pernah Teacher pasang ketika di bangku sekolah rendah... Iaitu cita-cita untuk menjadi seorang 'GURU'... Ya... tiada sesiapa menyangka.. kerana Teacher pernah memberontak di dalam hati apabila Umi dan Abah Teacher pernah menyatakan hasrat untuk melihat Teacher menjadi seorang 'GURU'. Teacher memberontak.. kerana kononnya ketika itu, Teacher mempunyai cita-cita yang lebih tinggi dari hanya menjadi seorang 'GURU'. Cita-cita yang tinggi itu, biarlah Teacher rahsiakan sahaja.... Namun... benarlah, doa ibu bapa itu biasanya akan dimakbulkan Allah Taála... Dan kerana itu... saat ini, Teacher semakin sedari bahawa menjadi seorang 'GURU' adalah suatu tugas yang mulia... kerana selain ibu-bapa, hanya ada seorang lagi insan yang ikhlas berusaha untuk mendidik kamu menjadi manusia yang mulia dan berguna... Dan insan itu adalah 'GURU'....

Semalam, Teacher berpeluang menonton satu cerita Jepun yang bertajuk Sensei Wa Erai... Teacher ingin sekali menceritakan kepada kamu akan kisah ini kerana ia begitu mengesankan hingga membuatkan sesiapa yang menontonnya menitiskan air mata... kerana ia menyentuh tentang keikhlasan seorang guru yang ikhlas mendidik pelajarnya dengan caranya yang tersendiri dan bagaimana akhirnya pelajar-pelajarnya hanya menyedari keikhlasan gurunya saat gurunya sudah menghembuskan nafas yang terakhir.....

Memandangkan malam sudah terlalu lewat, Teacher rasa eloklah Teacher ceritakan tentang kisah itu di lain hari.. Insya Allah Teacher akan luangkan masa untuk berceritakan tentang kisah yang mengharukan itu..

Okeylah... Setakat ini dulu catatan daripada Teacher...

Jumpa lagi....

Monday, November 3, 2008

Catatan 5:Cayyok!Cayyok!

Salam buat anak-anak murid Teacher yang diingati sepanjang detik berlalu...


Sekadar singgah untuk mengucapkan 'Selamat menempuh peperiksaan akhir tahun!'. Rasanya belum terlambat lagi untuk Teacher ucapkan.. Teacher sekarang pun agak sibuk mengulangkaji pelajaran.. Teacher pun 'exam' juga sekarang ni, tau! Doakan Teacher sama, ya!



Erm.. Mengambil kesempatan dalam masa yang singkat ini, Teacher ada sesuatu untuk kamu semua sempena musim peperiksaan ini...


Sebenarnya, sebentar tadi Teacher terbelek 'kartun-kartun' Teacher yang Teacher hasilkan semasa zaman belajar dulu.. Ada lagi rupanya kartun-kartun tu. Tapi, malangnya failnya yang asal telah hilang entah ke mana...

Sebenarnya kartun yang Teacher lukis ni adalah hasil karya Teacher zaman nakal-nakal dulu. Setiap kali hampir tibanya musim exam, Teacher akan melukis sebagai satu cara untuk melepaskan 'stress'...




Tapi, sekarang ni sudah tak ada masa untuk berkartun-kartun.. Jadi, Teacher mahu 'pusakakan' pula kartun-kartun ni pada kamu... He!He!












Masa dulu-dulu, selepas Teacher siapkan kartun-kartun Teacher, Teacher akan emelkan pada kawan-kawan, tampal di blog dan jadikan sebagai 'wallpaper' sebagai penguat semangat untuk 'study'... Ada juga kartun-kartun yang Teacher jadikan 'design' pada T-Shirt..


Jadi, kamu pun boleh tampalkan kartun-kartun ini di mana-mana sebagai motivasi untuk kamu tekun belajar...
Apa yang penting, study smart! Jaga kesihatan kamu supaya kamu dapat menghadapi peperiksaan dengan baik..


Oh, ya! Tempoh hari, Faris Akmal ada menghantar 'sms' pada Teacher. Katanya sudah seminggu dia terkena demam campak... Hmm... Sekarang ni musim orang demam.. Jadi, Teacher harap kamu semua jaga diri baik-baik... Jangan kerap sangat bermain di tengah panas..


Untuk Faris Akmal, Teacher doakan kamu sembuh dengan cepat... Syafakallah... Get well soon, my dear..!


Untuk anak-anak murid Teacher yang pernah Teacher ajar semasa di As-solihin dulu yang bakal menghadapi SPM.. terutama Muzill, Ehsan dan Dieyba... didoakan kamu semua berjaya menghadapi peperiksaan besar ini...


Di mana kamu semua sekarang..? Sudah lama Ustazah tidak mendengar khabar kalian... Walau apa pun, Ustazah doakan semoga kejayaan yang diberkati sentiasa mengiringi langkah kalian... Semoga berjaya ke menara gading..!! CUDIPT!

Okeylah..! Setakat ini sahaja dulu coretan daripada Teacher... Semoga berjumpa lagi!!

Cayyok! Cayyok!

Bittaufiq wannajah!!

Salam sayang,

Tuesday, October 14, 2008

Catatan 4: Hasrat Teacher


Assalamu'alaikum...Sobaahal khayr..
Selamat pagi buat anak-anak murid Teacher yang sudah lama Teacher tidak mendengar khabar...
Diharap semuanya dalam keadaan yang baik dan sihat-sihat selalu...
Lamanya Teacher tak mendengar khabar kamu semua.. Sudah tidak ada lagi yang menghantar sms pada Teacher... Sama ada kamu sudah lupakan Teacher atau sibuk dengan 'study', Teacher tidak tahu... Walau apa pun.. Teacher tidak pernah lupakan kamu semua, dan Teacher selalu doakan kamu semoga sentiasa mendapat kebaikan....

Tempoh hari, kalau kamu semua nak tahu Teacher ada termimpikan kamu semua... Hmm.. kenapa ya? Mungkin Teacher sering teringatkan kamu...
Sebenarnya, jika diberi pilihan, Teacher lebih suka kembali ke sekolah kamu dan mengajar kamu semua daripada kembali ke sekolah Teacher ini... Entahlah..Teacher berasa kurang seronok di sini... Ada sesuatu yang menyebabkan Teacher berasa kurang selesa di sini... Nasib baiklah Teacher ada mengambil mata pelajaran sejarah Islam di sini.. Itulah pengubat rasa jemu Teacher sebelum Teacher menghabiskan pengajian di sini... Mungkin dahulu, sewaktu di universiti Teacher kurang memberi perhatian dan memanfaatkan ilmu-ilmu agama yang senang Teacher pelajari di sana.. Jadi, di tempat yang jarang-jarang diajar ilmu mengenai agama dan kehidupan ini, ia begitu melonjakkan semangat untuk mempelajarinya...
Ilmu agama itu sangat penting untuk dipelajari dan diamalkan. Jadi, Teacher harap kamu semua raihlah kesempatan yang ada bila tiba masa mata pelajaran agama. Tumpukan perhatian, dan amalkan apa yang sepatutnya kamu amalkan... Itulah yang akan menjadi cahaya dalam kehidupan kamu... Jika sekarang kamu tidak menitikberatkan ilmu-ilmu agama, kamu akan menyesal di kemudian hari lantaran jahil tentang agama... Ketika itu, siapa yang akan kamu salahkan? Ibu bapa, guru, atau diri kamu sendiri?

Hasrat Teacher

Anak-anak murid Teacher yang diingati selalu,
Teacher ingin berkongsi sedikit cerita ketika bulan Ramadhan yang lalu...
Beberapa malam sebelum Ramadhan berakhir, Teacher telah pergi bersolat Tarawikh di masjid besar Machang, berdekatan rumah Teacher bersama-sama keluarga Teacher... Malam itu sungguh syahdu sekali bagi Teacher tambahan pula Teacher sempat menunaikan solat Tarawikh di kampung. Suara imam begitu merdu melantunkan ayat-ayat suci al-Quran mengikut lagu Sheikh Mishary Rashed Alafasy, salah seorang Qari yang sangat merdu suaranya..
Imam solat tarawikh itu kalau kamu semua nak tahu, hanyalah seorang remaja yang berusia belasan tahun... Rupa-rupanya dia adalah seorang pelajar tahfiz al-Quran... Kagum sekali Teacher dengan Imam muda tersebut. Dalam usia belasan tahun dia sudah menghafaz 30 juzu' al-Quran dan mampu menjadi imam di sebuah masjid besar... Itulah berkatnya orang yang tekun mendalami ilmu-ilmu agama...
Jadi, Teacher ada satu hasrat... Hasrat Teacher... Teacher ingin melihat beberapa orang daripada kamu atau sekurang-kurangnya salah seorang daripada kamu menyambung pengajian di sekolah Tahfiz atau sekurang-kurangnya di sekolah agama bila kamu masuk sekolah menengah nanti... Teacher ingin sekali melihat salah seorang daripada kamu bergelar hafiz, ustaz atau ustazah suatu hari nanti... Itu hasrat Teacher......

Tempoh hari, Teacher ada bertanyakan pada kamu siapa yang berminat menyambung pengajian di sekolah agama atau Maahad Tahfiz. Al-Hamdulillah.. Teacher masih ingat, antara yang mengangkat tangan dengan begitu bersemangat pada ketika itu adalah Hafizudin, Faris Hadi dan Isma. Semoga impian kamu tercapai.. Ada juga yang bertanya, "Di sekolah tahfiz, kita belajar agama sahaja ke? Macam mana dengan subjek lain?". Teacher faham, kamu semua masih ragu-ragu dengan sekolah agama. Sekarang, jarang sekali sekolah agama yang tidak menyediakan matapelajaran akademik. Boleh dikatakan semua sekolah agama dan tahfiz menyediakan subjek-subjek akademik hinggakan ada sekolah tahfiz yang menyediakan aliran tahfiz sains. Adik bongsu Teacher sekarang pun sedang belajar di sekolah tahfiz sains. Teacher dulu pun bersekolah agama yang hanya berdinding kayu. Terus terang Teacher katakan sekolah Teacher dulu begitu dha'if... Tetapi kedha'ifan sekolah itu tidak pernah menyekat pelajarnya untuk mencapai cita-cita yang tinggi. Ada kawan-kawan Teacher yang sudah bergelar doktor, peguam, jurutera dan sebagainya walaupun dulu mereka belajar di sekolah yang berdinding kayu. Tidak semestinya jika kita belajar di sekolah agama, kita hanya dapat menyambung dalam bidang agama sahaja. Teacher pun tidak menyambung pelajaran dalam bidang agama ketika di universiti. Yang penting adalah asas agama yang wajib kita pelajari dan seterusnya kita amalkan. Selepas itu bergantunglah kepada kita untuk mendalami bidang agama atau tidak. Tapi, lebih baik jika kita terus mendalami ilmu agama. Namun, perlulah diingat, ilmu agama tidak semestinya dituntut sehingga di universiti sahaja. Sepanjang kehidupan kita, kita tidak boleh berhenti mempelajari apa jua bidang ilmu, lebih-lebih laagi ilmu agama. Rasulullah s.a.w ada berpesan:


"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"


Daripada sabda nabi Muhammad s.a.w ini, begitulah jelas sekali betapa pentingnya kita menuntut ilmu sepanjang kehidupan kita.

Selain itu, ada lagi pesan-pesan nabi yang memberitahu kita betapa pentingnya menuntut ilmu. Antara pesan-pesan nabi:


“Sesungguhnya sekiranya engkau melangkah kaki di waktu pagi
(mahupun petang) jika ia belajar satu ayat daripada al-Quran
pahalanya lebih baik daripada ibadah satu tahun”.

"Barang siapa keluar untuk menuntut ilmu maka ia termasuk
dalam golongan orang yang berjuang pada jalan Allah ,
sehinggalah ia kembali".


Jadi, Teacher harap kita semua dapat mengambil iktibar daripada hadis-hadis nabi ini mengenai pentingnya menuntut ilmu. Teacher harap semuanya akan bersemangat menuntut ilmu demi masa depan kamu. Semoga kita semua menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat.


Hmm... macam mana pula dengan pelajaran kamu di sekolah sekarang? Makin meningkat atau...? Teacher harap, kamu semua berusahalah untuk meningkatkan prestasi kamu. Lagipun peperiksaan akhir tahun sudah semakin hampir bukan? Teacher pun akan menduduki peperiksaan yang penting tidak lama lagi. Lebih kurang 3 minggu lagi, Teacher akan menghadapi peperiksaan yang akan menentukan layak atau tidak untuk Teacher bergelar guru.. Bagi Teacher, ianya memang mendebarkan.. jadi, doakan Teacher semoga berjaya.. kerana Teacher amat mengharapkan doa anak-anak kecil yang ikhlas dan suci nuraninya seperti kamu... Doakan juga semoga Teacher sembuh dari sebarang penyakit... kerana Teacher sekarang kurang sihat kerana ditimpa sakit gigi dan gastrik... Hu!Hu!

Kalau Teacher sakit, Teacher akan jadi macam kucing ni... :p


O.K lah... Teacher rasa setakat ini sahaja catatan Teacher pada kali ini... Harapnya kamu tidak jemu untuk membaca catatan yang agak panjang ini... Lagipun, Teacher kena bersiap untuk ke kelas... Insya Allah... Lain kali kita jumpa lagi.. Tapi dalam berapa minggu ini Teacher tidak akan menulis kerana Teacher perlu tumpukan perhatian untuk mengulangkaji pelajaran...

OK! Jumpa lagi, ya!! Ilal liqa'..!!



click to create your own


Salam Sayang,

Wednesday, October 1, 2008

Catatan 3: Salam 'Idulfitri..

Selamat Hari Raya 'Idul Fitri dari Teacher sekeluarga... khas untuk anak-anak murid Teacher yang diingati selalu.... Maaf kerana tidak sempat menghantar sebarang ucapan dari awal kerana sejak semalam Teacher berasa kurang sihat.. Teacher sebenarnya beraya dalam keaadaan kurang selesa dengan batuk-batuk, selsema dan pening kepala. Doakan Teacher, ya.. semoga cepat sembuh...

Bagaimana dengan sambutan Hari Raya Idul Fitri hari ini? Mesti meriah kan? Banyak tak dapat duit raya? Duit raya yang dapat tu, simpan-simpanlah... Jangan dibazirkan dengan membeli benda yang tidak berfaedah. Sesiapa yang balik beraya di Kelantan, sudi-sudilah singgah ke rumah Teacher di Machang.. Kalau tak sempat, tak apalah.. bolehlah berziarah melalui blog keluarga Teacher di sini: http://bicaratokbah.blogspot.com .

OK... Setakat ini sahaja dulu catatan dari Teacher... Maaf.. Teacher tak larat untuk menulis panjang...

Selamat Hari Raya Idul Fitri... Maaf Zahir Batin...

Salam sayang,

Bayt Rahmah
Machang.

Friday, September 26, 2008

Catatan 2: Semoga bertemu lagi....




Salam buat semua anak-anak murid Teacher yang dikasihi....

Saat ini teacher sedang berehat-rehat di KL Cebtral sementara menunggu masuk waktu Zohor. Selepas itu Teacher akan meneruskan perjalanan ke IPIS, Bangi kerana malamnya Teacher akan menaiki bas ke kampung Teacher di Kelantan, bersama adik Teacher....


Sekejap tadi kita sempat bersembang-sembang di dalam kelas buat kali terakhir...

Teacher mohon maaf kerana mula-mula masuk ke kelas tadi Teacher ada memarahi kamu supaya diam.. Teacher tidak bermaksud untuk marah, tetapi kamu semua sangat bising ketika itu sedangkan Teacher ingin menyampaikan pesanan sebelum kita berpisah....


Murid-murid Teacher yang dikasihi...

Di saat kita bersalam-salaman tadi, Teacher sebenarnya merasa sangat sedih kerana ada di antara kamu yang menangis.... Rupa-rupanya kamu sedih kerana kita akan berpisah... Tahulah Teacher sekarang, rupa-rupanya kamu amat menghargai kehadiran Teacher... walaupun Teacher tahu Teacher tidak dapat mengajar kamu sebaik-baiknya seperti guru-guru kamu yang lain seperti Teacher Has... Lagi pula, Teacher baru sahaja di dalam kursus latihan mengajar... Ada banyak lagi perkara yang Teacher perlu tingkatkan untuk menjadi cikgu yang betul-betul cikgu.. Dan sebenarnya, banyak perkara yang telah Teacher 'pelajari' dari kamu....


Murid-murid Teacher...

Sebenarnya hampir gugur air mata Teacher bila melihat kamu menitiskan air mata tadi.. kerana selama ini Teacher ingatkan kamu semua sudah bosan belajar dengan Teacher..

Ya... 3 bulan kita bersama bukanlah jangka masa yang cukup... Saat kita hampir berpisah, kamu baru sahaja mesra dengan Teacher... Sebab itu, setiap kali Teacher mahu masuk ke kelas kamu, Teacher tidak dapat menahan gelak melihat aksi-aksi lucu yang kamu tunjukkan...

"Stop!Look!Listen and Think!! Itulah antara aksi kamu yang Teacher akan kenang sampai bila-bila... :D...


Murid-murid yang disayangi...

Sebenarnya ada banyak perkara yang ingin Teacher sampaikan pada kamu tadi... Tapi, Teacher sudah kehilangan kata-kata untuk bercakap tambahan pula dengan masa yang sangat suntuk.. Jadi, Teacher harap, kamu ingatlah segala pesanan yang sering Teacher sampaikan sebelum ini..

Tentang hadiah Teacher yang tidak seberapa itu, kamu simpanlah dan pakailah hadiah itu di Hari Raya nanti jika mahu... Itu sahaja yang mampu Teacher berikan sebagai kenang-kenangan..

Sepas habis cuti nanti, kamu semua akan kembali bersekolah... Teacher harap, kamu belajarlah bersungguh-sungguh dan sentiasa berdisiplin ketika di dalam kelas... Tumpukan perhatian betul-betul... Kurangkan bermain ketika di sekolah.... kerana ujian akhir tahun sudah hampir.. Tahun depan pula, kamu akan masuk ke darjah 5.... Kamu sudah semakin besar....


Ermm... nampaknya Zohor sudah masuk... Teacher rasa cukup setakat ini dahulu... Lain kali Teacher akan sambung lagi... Ok? Rajinlah masuk ke blog Teacher ini... Blog ini Teacher buat khas untuk kita... untuk semua anak-anak murid Teacher...
Ok.. Teacher pergi dulu....


**Jangan lupa solat...!**


Salam sayang,

Wednesday, September 24, 2008

Catatan buat pertama kali...

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat semua anak-anak murid Teacher Soba yang dikasihi...
Al-Hamdulillah... malam ini akhirnya Teacher Soba berjaya menyiapkan blog yang Teacher tujukan khas buat anak-anak murid Teacher... Malam ini juga Teacher cuba untuk menulis entry pertama untuk blog 'Cerita Kita' ini...

Anak-anak murid yang Teacher kasihi sekalian...
Malam ini, Ramadhan sudah menginjak ke malam 24... Dalam sedar atau tidak.. Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita... Bagi yang beragama Islam... apa perasaan kalian bila mendapati bulan Ramadhan sudah semakin tamat? Adakah kalian merasa gembira atau dukacita..? Ya.. sudah pasti ada yang merasa gembira kerana ini bermakna ada kira-kira 7 hari sahaja lagi kita akan menyambut 1 Syawal... Sudah tentulah 1 Syawal akan disambut dengan gembira kerana ia merupakan hari kemenangan untuk umat Islam yang berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan kesabaran menahan lapar dan dahaga serta beribadat dengan tekun sepanjang bulan Ramadhan... Tetapi, adakah kita betul-betul layak untuk merayakan 1 Syawal dengan penuh gembira? Kerana orang yang betul-betul layak merayakannya adalah orang yang berjaya menunaikan puasa serta amal ibadat yang lain baik tanpa melakukan perkara-perkara yang tidak elok... Cuba tanyakan pada diri masing-masing, selain menahan rasa lapar dan dahaga, apakah perkara-perkara yang dilarang selain daripada makan dan minum berjaya kita hindari? Kalau kita berjaya hindari dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti bergaduh, mengata orang lain dan sebagainya maka layaklah kita menyambut 1 Syawal dengan gembira.

Anak-anak murid Teacher sekalian,
Teacher menyuruh kamu merenungi hal ini kerana sepanjang bulan Ramadhan, terutama ketika di sekolah Teacher sering melihat ada antara kamu yang bergaduh hinggakan bertumbuk dan saling mengata antara satu sama lain. Sebenarnya Teacher merasa sedih dengan keadaan ini kerana ada di antara kamu yang tidak menghayati bulan Ramadadhan dengan sebaiknya.. Jika kamu benar-benar menghayati bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, sudah tentu kelakuan kamu akan menjadi bertambah baik kerana orang yang berpuasa tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak elok... Jadi, Teacher harap dengan Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari lagi, kamu sempat mengubah perangai kamu menjadi lebih baik.. Tapi bukan setakat untuk bulan Ramadhan sahaja, tetapi biarlah akhlak yang baik itu kamu kekalkan buat selama-selamanya... kerana orang yang berakhlak baik akan sentiasa disayangi semua....

Anak-anak murid Teacher sekalian,
Sebenarnya malam ini Teacher agak penat kerana baru sahaja pulang dari majlis iftar (berbuka puasa) dan tarawikh di sekolah kita bersama-sama cikgu yang lain. Rupanya-rupanya majlis iftar itu diadakan sempena jamuan perpisahan guru-guru praktikum...
Sebenarnya sejak beberapa hari ini, Teacher berasa agak sedih.... Setiap kali cikgu melintasi bilik darjah kalian, Teacher semakin berasa sedih... Ini kerana pada minggu terakhir ini Teacher tidak lagi berpeluang mengajar kalian seperti biasa kerana kalian akan menghadapi ujian bulan September sehingga Khamis ini... Hari Jumaat ini barulah teacher berpeluang masuk ke kelas kalian. Itupun kalau semua hadir pada Jumaat ini... nanti dapatlah Teacher bertemu kalian dan berbicara buat kali terakhir....

Anak-anak murid Teacher sekalian,
Jumaat ini adalah hari terakhir untuk kita bersama.. Selepas ini, Teacher tidak akan datang lagi ke sekolah... kerana tempoh praktikum Teacher di sana sudah tamat... Walaupun Teacher merasa berat hati untuk meninggalkan kalian, Teacher harus pergi untuk menyambung semula pengajian teacher di maktab... Apa boleh buat..ini adalah ketentuan... Setiap pertemuan pasti disudahi dengan perpisahan.. Itulah yang dikatakan sebagai sunnatullah.... aturan alam yang sentiasa berlaku....Tetapi, walaupun Teacher akan meninggalkan kalian, Teacher harap kamu semua tidak akan melupakan Teacher dan sentiasa ingat apa yang Teacher ajar dan pesan... Itu sahaja yang Teacher harapkan....

Anak-anak murid yang sentiasa Teacher ingati,
Malam ini, Teacher ingin berkongsi perasaan Teacher di sini....
Sebenarnya, sejak akhir-akhir ini, Teacher merasa sangat sedih... kerana mengenangkan detik-detik Ramadhan yang berlalu begitu pantas... Ramadhan sudah semakin sayup berlalu untuk meninggalkan kita... tetapi Teacher rasa, Teacher gagal untuk memenuhi detik-detik sepanjang Ramadhan dengan melaksanakan ibadat dengan khusyuk... Ini kerana, tugas-tugas yang perlu teacher laksanakan untuk praktikum ini sangatlah banyak sehinggakan tidak cukup masa untuk teacher siapkan tugasan itu... Pada waktu malam yang sepatutnya Teacher habiskan untuk berehat dan melakukan amalan-amalan sunat banyak teacher habiskan untuk menyiapkan tugasan itu... Teacher merasakan Ramadhan kali ini tidak Teacher manfaatkan dengan baik...
Ermm... apakah kalian faham apa yang Teacher cuba sampaikan ini? Apa yang ingin Teacher sampaikan... gunakanlah masa yang terluang dengan berfaedah... Walaupun kalian semua masih di usia kanak-kanak dan tidak diwajibkan untuk melaksanakan amal ibadat seperti solat dan sebagainya, tetapi ketika kecillah kalian semua harus membiasakan diri untuk melakukan amal ibadat tersebut, kerana bila kalian dewasa, kalian tidak akan kekok untuk melakukannya.. Percayalah... ramai orang dewasa sekarang tidak tahu atau malas untuk melakukan kewajipan seperti solat dan puasa kerana ketika kecil mereka tidak membiasakan diri melaksanakannya... Bila dewasa, mereka merasa malu atau malas untuk melakukannya..... Tapi, Teacher percaya semua anak-anak murid Teacher adalah anak-anak yang baik dan rajin menunaikan solat...
Rajin-rajinlah menunaikan solat..dan cuba cukupkan solat lima waktu... kerana solatlah yang dapat menghindarkan kita dari perbuatan keji dan mungkar....

Murid-murid Teacher,
Pada minggu lepas, Teacher berpeluang berbuka puasa dan berterawikh di masjid UIA... Kenalkah kamu pada UIA? UIA adalah singkatan kepada Universiti Islam Antarabangsa yang pernah menjadi tempat Teacher menuntut ilmu sehingga berjaya mendapat segulung ijazah suatu ketika dulu... Teacher sangat menyayangi UIA, kerana di situlah Teacher banyak menghabiskan masa menimba ilmu, mempraktikkan akhlak yang baik sebagaimana yang diajar oleh guru-guru Teacher dahulu.. Di situ juga Teacher mendapat kawan yang sangat baik dan berakhlak mulia. Sebab itu, jika ada masa terluang, Teacher akan ke UIA untuk sekadar singgah berjumpa kawan-kawan dan guru-guru Teacher di sana... walaupun kadang-kadang Teacher hanya dapat melihat mereka dari jauh... Teacher sangat menyayangi guru-guru Teacher itu kerana merekalah yang mendidik Teacher sehingga Teacher berjaya seperti sekarang. Sebab itu, Teacher cuba melakukan apa yang guru-guru Teacher suruh iaitu sentiasa berakhlak baik walaupun di mana sahaja Teacher berada, dan sentiasa menyampaikan pesanan dan ilmu yang baik kepada orang lain dan mengajak mereka ke arah kebaikan dan meninggalkan segala perbuatan yang keji... Itulah pesan-pesan yang selalu guru-guru Teacher sampaikan... Jadi, Teacher harap, jika kalian benar-benar sayang kepada Teacher seperti mana yang kamu selalu ucapkan "I Love U, Teacher Soba" setiap kali Teacher masuk ke kelas, teacher harap kamu juga akan ingat dan laksanakan segala pesanan yang Teacher berikan.... bukan hanya sekadar melafazkan di bibir sahaja..

Oh ya... Apa yang Teacher nak ceritakan di sini ialah... semasa Teacher ke masjid UIA, Teacher telah berjumpa beberapa orang sahabat Teacher... Mereka sangat gembira berjumpa dengan Teacher kerana sudah lama kami tidak bertemu. Jadi, hari itu kami telah berkumpul bersama dan berusrah iaitu berbincang mengenai ilmu-ilmu agama dan hal semasa kerana itulah yang sering Teacher dan sahabat-sahabat Teacher lakukan dahulu. Kawan-kawan Teacher itu juga bertanyakan khabar kamu semua.... :)
Pada malamnya selepas tarawikh kami semua beri'tikaf di Masjid itu untuk beribadat dengan khusyuk kerana mengenangkan Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi... Jadi, Teacher harap, suatu hari nanti bila kamu dewasa, carilah tempat dan suasana yang baik untuk kamu belajar.. Dan jangan lupa... berkawanlah dengan orang-orang yang baik dan soleh supaya kamu juga akan terikut menjadi orang yang soleh... Selain itu, gunakanlah masa bersama sahabat kamu melakukan perkara yang berfaedah... Jangan kamu berkumpul bersama sahabat kamu untuk melakukan perkara yang tidak elok seperti mengumpat, dan sebagainya....

Ermmm... Teacher rasa, cukup setakat ini dahulu catatan Teacher pada malam ini... kerana Teacher merasa agak penat dan ada kerja lain yang Teacher belum siapkan.. Insya Allah.. Teacher akan sambung catatan 'Cerita Kita' ini bila Teacher berpeluang...
OK.. Jumpa lagi..

Salam sayang,