Cerita Kita (You, Me and We): September 2008

Friday, September 26, 2008

Catatan 2: Semoga bertemu lagi....




Salam buat semua anak-anak murid Teacher yang dikasihi....

Saat ini teacher sedang berehat-rehat di KL Cebtral sementara menunggu masuk waktu Zohor. Selepas itu Teacher akan meneruskan perjalanan ke IPIS, Bangi kerana malamnya Teacher akan menaiki bas ke kampung Teacher di Kelantan, bersama adik Teacher....


Sekejap tadi kita sempat bersembang-sembang di dalam kelas buat kali terakhir...

Teacher mohon maaf kerana mula-mula masuk ke kelas tadi Teacher ada memarahi kamu supaya diam.. Teacher tidak bermaksud untuk marah, tetapi kamu semua sangat bising ketika itu sedangkan Teacher ingin menyampaikan pesanan sebelum kita berpisah....


Murid-murid Teacher yang dikasihi...

Di saat kita bersalam-salaman tadi, Teacher sebenarnya merasa sangat sedih kerana ada di antara kamu yang menangis.... Rupa-rupanya kamu sedih kerana kita akan berpisah... Tahulah Teacher sekarang, rupa-rupanya kamu amat menghargai kehadiran Teacher... walaupun Teacher tahu Teacher tidak dapat mengajar kamu sebaik-baiknya seperti guru-guru kamu yang lain seperti Teacher Has... Lagi pula, Teacher baru sahaja di dalam kursus latihan mengajar... Ada banyak lagi perkara yang Teacher perlu tingkatkan untuk menjadi cikgu yang betul-betul cikgu.. Dan sebenarnya, banyak perkara yang telah Teacher 'pelajari' dari kamu....


Murid-murid Teacher...

Sebenarnya hampir gugur air mata Teacher bila melihat kamu menitiskan air mata tadi.. kerana selama ini Teacher ingatkan kamu semua sudah bosan belajar dengan Teacher..

Ya... 3 bulan kita bersama bukanlah jangka masa yang cukup... Saat kita hampir berpisah, kamu baru sahaja mesra dengan Teacher... Sebab itu, setiap kali Teacher mahu masuk ke kelas kamu, Teacher tidak dapat menahan gelak melihat aksi-aksi lucu yang kamu tunjukkan...

"Stop!Look!Listen and Think!! Itulah antara aksi kamu yang Teacher akan kenang sampai bila-bila... :D...


Murid-murid yang disayangi...

Sebenarnya ada banyak perkara yang ingin Teacher sampaikan pada kamu tadi... Tapi, Teacher sudah kehilangan kata-kata untuk bercakap tambahan pula dengan masa yang sangat suntuk.. Jadi, Teacher harap, kamu ingatlah segala pesanan yang sering Teacher sampaikan sebelum ini..

Tentang hadiah Teacher yang tidak seberapa itu, kamu simpanlah dan pakailah hadiah itu di Hari Raya nanti jika mahu... Itu sahaja yang mampu Teacher berikan sebagai kenang-kenangan..

Sepas habis cuti nanti, kamu semua akan kembali bersekolah... Teacher harap, kamu belajarlah bersungguh-sungguh dan sentiasa berdisiplin ketika di dalam kelas... Tumpukan perhatian betul-betul... Kurangkan bermain ketika di sekolah.... kerana ujian akhir tahun sudah hampir.. Tahun depan pula, kamu akan masuk ke darjah 5.... Kamu sudah semakin besar....


Ermm... nampaknya Zohor sudah masuk... Teacher rasa cukup setakat ini dahulu... Lain kali Teacher akan sambung lagi... Ok? Rajinlah masuk ke blog Teacher ini... Blog ini Teacher buat khas untuk kita... untuk semua anak-anak murid Teacher...
Ok.. Teacher pergi dulu....


**Jangan lupa solat...!**


Salam sayang,

Wednesday, September 24, 2008

Catatan buat pertama kali...

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat semua anak-anak murid Teacher Soba yang dikasihi...
Al-Hamdulillah... malam ini akhirnya Teacher Soba berjaya menyiapkan blog yang Teacher tujukan khas buat anak-anak murid Teacher... Malam ini juga Teacher cuba untuk menulis entry pertama untuk blog 'Cerita Kita' ini...

Anak-anak murid yang Teacher kasihi sekalian...
Malam ini, Ramadhan sudah menginjak ke malam 24... Dalam sedar atau tidak.. Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita... Bagi yang beragama Islam... apa perasaan kalian bila mendapati bulan Ramadhan sudah semakin tamat? Adakah kalian merasa gembira atau dukacita..? Ya.. sudah pasti ada yang merasa gembira kerana ini bermakna ada kira-kira 7 hari sahaja lagi kita akan menyambut 1 Syawal... Sudah tentulah 1 Syawal akan disambut dengan gembira kerana ia merupakan hari kemenangan untuk umat Islam yang berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan kesabaran menahan lapar dan dahaga serta beribadat dengan tekun sepanjang bulan Ramadhan... Tetapi, adakah kita betul-betul layak untuk merayakan 1 Syawal dengan penuh gembira? Kerana orang yang betul-betul layak merayakannya adalah orang yang berjaya menunaikan puasa serta amal ibadat yang lain baik tanpa melakukan perkara-perkara yang tidak elok... Cuba tanyakan pada diri masing-masing, selain menahan rasa lapar dan dahaga, apakah perkara-perkara yang dilarang selain daripada makan dan minum berjaya kita hindari? Kalau kita berjaya hindari dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti bergaduh, mengata orang lain dan sebagainya maka layaklah kita menyambut 1 Syawal dengan gembira.

Anak-anak murid Teacher sekalian,
Teacher menyuruh kamu merenungi hal ini kerana sepanjang bulan Ramadhan, terutama ketika di sekolah Teacher sering melihat ada antara kamu yang bergaduh hinggakan bertumbuk dan saling mengata antara satu sama lain. Sebenarnya Teacher merasa sedih dengan keadaan ini kerana ada di antara kamu yang tidak menghayati bulan Ramadadhan dengan sebaiknya.. Jika kamu benar-benar menghayati bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, sudah tentu kelakuan kamu akan menjadi bertambah baik kerana orang yang berpuasa tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak elok... Jadi, Teacher harap dengan Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari lagi, kamu sempat mengubah perangai kamu menjadi lebih baik.. Tapi bukan setakat untuk bulan Ramadhan sahaja, tetapi biarlah akhlak yang baik itu kamu kekalkan buat selama-selamanya... kerana orang yang berakhlak baik akan sentiasa disayangi semua....

Anak-anak murid Teacher sekalian,
Sebenarnya malam ini Teacher agak penat kerana baru sahaja pulang dari majlis iftar (berbuka puasa) dan tarawikh di sekolah kita bersama-sama cikgu yang lain. Rupanya-rupanya majlis iftar itu diadakan sempena jamuan perpisahan guru-guru praktikum...
Sebenarnya sejak beberapa hari ini, Teacher berasa agak sedih.... Setiap kali cikgu melintasi bilik darjah kalian, Teacher semakin berasa sedih... Ini kerana pada minggu terakhir ini Teacher tidak lagi berpeluang mengajar kalian seperti biasa kerana kalian akan menghadapi ujian bulan September sehingga Khamis ini... Hari Jumaat ini barulah teacher berpeluang masuk ke kelas kalian. Itupun kalau semua hadir pada Jumaat ini... nanti dapatlah Teacher bertemu kalian dan berbicara buat kali terakhir....

Anak-anak murid Teacher sekalian,
Jumaat ini adalah hari terakhir untuk kita bersama.. Selepas ini, Teacher tidak akan datang lagi ke sekolah... kerana tempoh praktikum Teacher di sana sudah tamat... Walaupun Teacher merasa berat hati untuk meninggalkan kalian, Teacher harus pergi untuk menyambung semula pengajian teacher di maktab... Apa boleh buat..ini adalah ketentuan... Setiap pertemuan pasti disudahi dengan perpisahan.. Itulah yang dikatakan sebagai sunnatullah.... aturan alam yang sentiasa berlaku....Tetapi, walaupun Teacher akan meninggalkan kalian, Teacher harap kamu semua tidak akan melupakan Teacher dan sentiasa ingat apa yang Teacher ajar dan pesan... Itu sahaja yang Teacher harapkan....

Anak-anak murid yang sentiasa Teacher ingati,
Malam ini, Teacher ingin berkongsi perasaan Teacher di sini....
Sebenarnya, sejak akhir-akhir ini, Teacher merasa sangat sedih... kerana mengenangkan detik-detik Ramadhan yang berlalu begitu pantas... Ramadhan sudah semakin sayup berlalu untuk meninggalkan kita... tetapi Teacher rasa, Teacher gagal untuk memenuhi detik-detik sepanjang Ramadhan dengan melaksanakan ibadat dengan khusyuk... Ini kerana, tugas-tugas yang perlu teacher laksanakan untuk praktikum ini sangatlah banyak sehinggakan tidak cukup masa untuk teacher siapkan tugasan itu... Pada waktu malam yang sepatutnya Teacher habiskan untuk berehat dan melakukan amalan-amalan sunat banyak teacher habiskan untuk menyiapkan tugasan itu... Teacher merasakan Ramadhan kali ini tidak Teacher manfaatkan dengan baik...
Ermm... apakah kalian faham apa yang Teacher cuba sampaikan ini? Apa yang ingin Teacher sampaikan... gunakanlah masa yang terluang dengan berfaedah... Walaupun kalian semua masih di usia kanak-kanak dan tidak diwajibkan untuk melaksanakan amal ibadat seperti solat dan sebagainya, tetapi ketika kecillah kalian semua harus membiasakan diri untuk melakukan amal ibadat tersebut, kerana bila kalian dewasa, kalian tidak akan kekok untuk melakukannya.. Percayalah... ramai orang dewasa sekarang tidak tahu atau malas untuk melakukan kewajipan seperti solat dan puasa kerana ketika kecil mereka tidak membiasakan diri melaksanakannya... Bila dewasa, mereka merasa malu atau malas untuk melakukannya..... Tapi, Teacher percaya semua anak-anak murid Teacher adalah anak-anak yang baik dan rajin menunaikan solat...
Rajin-rajinlah menunaikan solat..dan cuba cukupkan solat lima waktu... kerana solatlah yang dapat menghindarkan kita dari perbuatan keji dan mungkar....

Murid-murid Teacher,
Pada minggu lepas, Teacher berpeluang berbuka puasa dan berterawikh di masjid UIA... Kenalkah kamu pada UIA? UIA adalah singkatan kepada Universiti Islam Antarabangsa yang pernah menjadi tempat Teacher menuntut ilmu sehingga berjaya mendapat segulung ijazah suatu ketika dulu... Teacher sangat menyayangi UIA, kerana di situlah Teacher banyak menghabiskan masa menimba ilmu, mempraktikkan akhlak yang baik sebagaimana yang diajar oleh guru-guru Teacher dahulu.. Di situ juga Teacher mendapat kawan yang sangat baik dan berakhlak mulia. Sebab itu, jika ada masa terluang, Teacher akan ke UIA untuk sekadar singgah berjumpa kawan-kawan dan guru-guru Teacher di sana... walaupun kadang-kadang Teacher hanya dapat melihat mereka dari jauh... Teacher sangat menyayangi guru-guru Teacher itu kerana merekalah yang mendidik Teacher sehingga Teacher berjaya seperti sekarang. Sebab itu, Teacher cuba melakukan apa yang guru-guru Teacher suruh iaitu sentiasa berakhlak baik walaupun di mana sahaja Teacher berada, dan sentiasa menyampaikan pesanan dan ilmu yang baik kepada orang lain dan mengajak mereka ke arah kebaikan dan meninggalkan segala perbuatan yang keji... Itulah pesan-pesan yang selalu guru-guru Teacher sampaikan... Jadi, Teacher harap, jika kalian benar-benar sayang kepada Teacher seperti mana yang kamu selalu ucapkan "I Love U, Teacher Soba" setiap kali Teacher masuk ke kelas, teacher harap kamu juga akan ingat dan laksanakan segala pesanan yang Teacher berikan.... bukan hanya sekadar melafazkan di bibir sahaja..

Oh ya... Apa yang Teacher nak ceritakan di sini ialah... semasa Teacher ke masjid UIA, Teacher telah berjumpa beberapa orang sahabat Teacher... Mereka sangat gembira berjumpa dengan Teacher kerana sudah lama kami tidak bertemu. Jadi, hari itu kami telah berkumpul bersama dan berusrah iaitu berbincang mengenai ilmu-ilmu agama dan hal semasa kerana itulah yang sering Teacher dan sahabat-sahabat Teacher lakukan dahulu. Kawan-kawan Teacher itu juga bertanyakan khabar kamu semua.... :)
Pada malamnya selepas tarawikh kami semua beri'tikaf di Masjid itu untuk beribadat dengan khusyuk kerana mengenangkan Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi... Jadi, Teacher harap, suatu hari nanti bila kamu dewasa, carilah tempat dan suasana yang baik untuk kamu belajar.. Dan jangan lupa... berkawanlah dengan orang-orang yang baik dan soleh supaya kamu juga akan terikut menjadi orang yang soleh... Selain itu, gunakanlah masa bersama sahabat kamu melakukan perkara yang berfaedah... Jangan kamu berkumpul bersama sahabat kamu untuk melakukan perkara yang tidak elok seperti mengumpat, dan sebagainya....

Ermmm... Teacher rasa, cukup setakat ini dahulu catatan Teacher pada malam ini... kerana Teacher merasa agak penat dan ada kerja lain yang Teacher belum siapkan.. Insya Allah.. Teacher akan sambung catatan 'Cerita Kita' ini bila Teacher berpeluang...
OK.. Jumpa lagi..

Salam sayang,