Cerita Kita (You, Me and We): Catatan 2: Semoga bertemu lagi....

Friday, September 26, 2008

Catatan 2: Semoga bertemu lagi....




Salam buat semua anak-anak murid Teacher yang dikasihi....

Saat ini teacher sedang berehat-rehat di KL Cebtral sementara menunggu masuk waktu Zohor. Selepas itu Teacher akan meneruskan perjalanan ke IPIS, Bangi kerana malamnya Teacher akan menaiki bas ke kampung Teacher di Kelantan, bersama adik Teacher....


Sekejap tadi kita sempat bersembang-sembang di dalam kelas buat kali terakhir...

Teacher mohon maaf kerana mula-mula masuk ke kelas tadi Teacher ada memarahi kamu supaya diam.. Teacher tidak bermaksud untuk marah, tetapi kamu semua sangat bising ketika itu sedangkan Teacher ingin menyampaikan pesanan sebelum kita berpisah....


Murid-murid Teacher yang dikasihi...

Di saat kita bersalam-salaman tadi, Teacher sebenarnya merasa sangat sedih kerana ada di antara kamu yang menangis.... Rupa-rupanya kamu sedih kerana kita akan berpisah... Tahulah Teacher sekarang, rupa-rupanya kamu amat menghargai kehadiran Teacher... walaupun Teacher tahu Teacher tidak dapat mengajar kamu sebaik-baiknya seperti guru-guru kamu yang lain seperti Teacher Has... Lagi pula, Teacher baru sahaja di dalam kursus latihan mengajar... Ada banyak lagi perkara yang Teacher perlu tingkatkan untuk menjadi cikgu yang betul-betul cikgu.. Dan sebenarnya, banyak perkara yang telah Teacher 'pelajari' dari kamu....


Murid-murid Teacher...

Sebenarnya hampir gugur air mata Teacher bila melihat kamu menitiskan air mata tadi.. kerana selama ini Teacher ingatkan kamu semua sudah bosan belajar dengan Teacher..

Ya... 3 bulan kita bersama bukanlah jangka masa yang cukup... Saat kita hampir berpisah, kamu baru sahaja mesra dengan Teacher... Sebab itu, setiap kali Teacher mahu masuk ke kelas kamu, Teacher tidak dapat menahan gelak melihat aksi-aksi lucu yang kamu tunjukkan...

"Stop!Look!Listen and Think!! Itulah antara aksi kamu yang Teacher akan kenang sampai bila-bila... :D...


Murid-murid yang disayangi...

Sebenarnya ada banyak perkara yang ingin Teacher sampaikan pada kamu tadi... Tapi, Teacher sudah kehilangan kata-kata untuk bercakap tambahan pula dengan masa yang sangat suntuk.. Jadi, Teacher harap, kamu ingatlah segala pesanan yang sering Teacher sampaikan sebelum ini..

Tentang hadiah Teacher yang tidak seberapa itu, kamu simpanlah dan pakailah hadiah itu di Hari Raya nanti jika mahu... Itu sahaja yang mampu Teacher berikan sebagai kenang-kenangan..

Sepas habis cuti nanti, kamu semua akan kembali bersekolah... Teacher harap, kamu belajarlah bersungguh-sungguh dan sentiasa berdisiplin ketika di dalam kelas... Tumpukan perhatian betul-betul... Kurangkan bermain ketika di sekolah.... kerana ujian akhir tahun sudah hampir.. Tahun depan pula, kamu akan masuk ke darjah 5.... Kamu sudah semakin besar....


Ermm... nampaknya Zohor sudah masuk... Teacher rasa cukup setakat ini dahulu... Lain kali Teacher akan sambung lagi... Ok? Rajinlah masuk ke blog Teacher ini... Blog ini Teacher buat khas untuk kita... untuk semua anak-anak murid Teacher...
Ok.. Teacher pergi dulu....


**Jangan lupa solat...!**


Salam sayang,

No comments: