Cerita Kita (You, Me and We): Catatan 4: Hasrat Teacher

Tuesday, October 14, 2008

Catatan 4: Hasrat Teacher


Assalamu'alaikum...Sobaahal khayr..
Selamat pagi buat anak-anak murid Teacher yang sudah lama Teacher tidak mendengar khabar...
Diharap semuanya dalam keadaan yang baik dan sihat-sihat selalu...
Lamanya Teacher tak mendengar khabar kamu semua.. Sudah tidak ada lagi yang menghantar sms pada Teacher... Sama ada kamu sudah lupakan Teacher atau sibuk dengan 'study', Teacher tidak tahu... Walau apa pun.. Teacher tidak pernah lupakan kamu semua, dan Teacher selalu doakan kamu semoga sentiasa mendapat kebaikan....

Tempoh hari, kalau kamu semua nak tahu Teacher ada termimpikan kamu semua... Hmm.. kenapa ya? Mungkin Teacher sering teringatkan kamu...
Sebenarnya, jika diberi pilihan, Teacher lebih suka kembali ke sekolah kamu dan mengajar kamu semua daripada kembali ke sekolah Teacher ini... Entahlah..Teacher berasa kurang seronok di sini... Ada sesuatu yang menyebabkan Teacher berasa kurang selesa di sini... Nasib baiklah Teacher ada mengambil mata pelajaran sejarah Islam di sini.. Itulah pengubat rasa jemu Teacher sebelum Teacher menghabiskan pengajian di sini... Mungkin dahulu, sewaktu di universiti Teacher kurang memberi perhatian dan memanfaatkan ilmu-ilmu agama yang senang Teacher pelajari di sana.. Jadi, di tempat yang jarang-jarang diajar ilmu mengenai agama dan kehidupan ini, ia begitu melonjakkan semangat untuk mempelajarinya...
Ilmu agama itu sangat penting untuk dipelajari dan diamalkan. Jadi, Teacher harap kamu semua raihlah kesempatan yang ada bila tiba masa mata pelajaran agama. Tumpukan perhatian, dan amalkan apa yang sepatutnya kamu amalkan... Itulah yang akan menjadi cahaya dalam kehidupan kamu... Jika sekarang kamu tidak menitikberatkan ilmu-ilmu agama, kamu akan menyesal di kemudian hari lantaran jahil tentang agama... Ketika itu, siapa yang akan kamu salahkan? Ibu bapa, guru, atau diri kamu sendiri?

Hasrat Teacher

Anak-anak murid Teacher yang diingati selalu,
Teacher ingin berkongsi sedikit cerita ketika bulan Ramadhan yang lalu...
Beberapa malam sebelum Ramadhan berakhir, Teacher telah pergi bersolat Tarawikh di masjid besar Machang, berdekatan rumah Teacher bersama-sama keluarga Teacher... Malam itu sungguh syahdu sekali bagi Teacher tambahan pula Teacher sempat menunaikan solat Tarawikh di kampung. Suara imam begitu merdu melantunkan ayat-ayat suci al-Quran mengikut lagu Sheikh Mishary Rashed Alafasy, salah seorang Qari yang sangat merdu suaranya..
Imam solat tarawikh itu kalau kamu semua nak tahu, hanyalah seorang remaja yang berusia belasan tahun... Rupa-rupanya dia adalah seorang pelajar tahfiz al-Quran... Kagum sekali Teacher dengan Imam muda tersebut. Dalam usia belasan tahun dia sudah menghafaz 30 juzu' al-Quran dan mampu menjadi imam di sebuah masjid besar... Itulah berkatnya orang yang tekun mendalami ilmu-ilmu agama...
Jadi, Teacher ada satu hasrat... Hasrat Teacher... Teacher ingin melihat beberapa orang daripada kamu atau sekurang-kurangnya salah seorang daripada kamu menyambung pengajian di sekolah Tahfiz atau sekurang-kurangnya di sekolah agama bila kamu masuk sekolah menengah nanti... Teacher ingin sekali melihat salah seorang daripada kamu bergelar hafiz, ustaz atau ustazah suatu hari nanti... Itu hasrat Teacher......

Tempoh hari, Teacher ada bertanyakan pada kamu siapa yang berminat menyambung pengajian di sekolah agama atau Maahad Tahfiz. Al-Hamdulillah.. Teacher masih ingat, antara yang mengangkat tangan dengan begitu bersemangat pada ketika itu adalah Hafizudin, Faris Hadi dan Isma. Semoga impian kamu tercapai.. Ada juga yang bertanya, "Di sekolah tahfiz, kita belajar agama sahaja ke? Macam mana dengan subjek lain?". Teacher faham, kamu semua masih ragu-ragu dengan sekolah agama. Sekarang, jarang sekali sekolah agama yang tidak menyediakan matapelajaran akademik. Boleh dikatakan semua sekolah agama dan tahfiz menyediakan subjek-subjek akademik hinggakan ada sekolah tahfiz yang menyediakan aliran tahfiz sains. Adik bongsu Teacher sekarang pun sedang belajar di sekolah tahfiz sains. Teacher dulu pun bersekolah agama yang hanya berdinding kayu. Terus terang Teacher katakan sekolah Teacher dulu begitu dha'if... Tetapi kedha'ifan sekolah itu tidak pernah menyekat pelajarnya untuk mencapai cita-cita yang tinggi. Ada kawan-kawan Teacher yang sudah bergelar doktor, peguam, jurutera dan sebagainya walaupun dulu mereka belajar di sekolah yang berdinding kayu. Tidak semestinya jika kita belajar di sekolah agama, kita hanya dapat menyambung dalam bidang agama sahaja. Teacher pun tidak menyambung pelajaran dalam bidang agama ketika di universiti. Yang penting adalah asas agama yang wajib kita pelajari dan seterusnya kita amalkan. Selepas itu bergantunglah kepada kita untuk mendalami bidang agama atau tidak. Tapi, lebih baik jika kita terus mendalami ilmu agama. Namun, perlulah diingat, ilmu agama tidak semestinya dituntut sehingga di universiti sahaja. Sepanjang kehidupan kita, kita tidak boleh berhenti mempelajari apa jua bidang ilmu, lebih-lebih laagi ilmu agama. Rasulullah s.a.w ada berpesan:


"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"


Daripada sabda nabi Muhammad s.a.w ini, begitulah jelas sekali betapa pentingnya kita menuntut ilmu sepanjang kehidupan kita.

Selain itu, ada lagi pesan-pesan nabi yang memberitahu kita betapa pentingnya menuntut ilmu. Antara pesan-pesan nabi:


“Sesungguhnya sekiranya engkau melangkah kaki di waktu pagi
(mahupun petang) jika ia belajar satu ayat daripada al-Quran
pahalanya lebih baik daripada ibadah satu tahun”.

"Barang siapa keluar untuk menuntut ilmu maka ia termasuk
dalam golongan orang yang berjuang pada jalan Allah ,
sehinggalah ia kembali".


Jadi, Teacher harap kita semua dapat mengambil iktibar daripada hadis-hadis nabi ini mengenai pentingnya menuntut ilmu. Teacher harap semuanya akan bersemangat menuntut ilmu demi masa depan kamu. Semoga kita semua menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat.


Hmm... macam mana pula dengan pelajaran kamu di sekolah sekarang? Makin meningkat atau...? Teacher harap, kamu semua berusahalah untuk meningkatkan prestasi kamu. Lagipun peperiksaan akhir tahun sudah semakin hampir bukan? Teacher pun akan menduduki peperiksaan yang penting tidak lama lagi. Lebih kurang 3 minggu lagi, Teacher akan menghadapi peperiksaan yang akan menentukan layak atau tidak untuk Teacher bergelar guru.. Bagi Teacher, ianya memang mendebarkan.. jadi, doakan Teacher semoga berjaya.. kerana Teacher amat mengharapkan doa anak-anak kecil yang ikhlas dan suci nuraninya seperti kamu... Doakan juga semoga Teacher sembuh dari sebarang penyakit... kerana Teacher sekarang kurang sihat kerana ditimpa sakit gigi dan gastrik... Hu!Hu!

Kalau Teacher sakit, Teacher akan jadi macam kucing ni... :p


O.K lah... Teacher rasa setakat ini sahaja catatan Teacher pada kali ini... Harapnya kamu tidak jemu untuk membaca catatan yang agak panjang ini... Lagipun, Teacher kena bersiap untuk ke kelas... Insya Allah... Lain kali kita jumpa lagi.. Tapi dalam berapa minggu ini Teacher tidak akan menulis kerana Teacher perlu tumpukan perhatian untuk mengulangkaji pelajaran...

OK! Jumpa lagi, ya!! Ilal liqa'..!!



click to create your own


Salam Sayang,

No comments: