Cerita Kita (You, Me and We): Catatan 6: Salam Cuti-cuti...

Friday, November 21, 2008

Catatan 6: Salam Cuti-cuti...

Assalamuálaikum... Salam sejahtera...
Salam kerinduan buat anak-anak murid Teacher yang tidak lekang dari ingatan...
Semoga semuanya berada di dalam keadaan yang baik-baik selalu...
Lama Teacher tidak mencoret sebarang catatan di sini... Bukan tidak berkesempatan.. Tetapi setiap kali Teacher mahu menekan papan kekunci laptop, jari jemari Teacher terasa kaku.. Mungkin terlalu banyak yang Teacher mahu ceritakan pada kamu.. tetapi tidak tahu untuk mulakan catatan ini dari mana... Atau mungkin juga kerana kepenatan, jadi fikiran Teacher seperti sudah tepu untuk menyusun ayat untuk dinukilkan di sini... Jadi, di keheningan malam yang sudah kian hampir ke penghujungnya ini, Teacher cuba juga untuk mencatat sebaris kata ... untuk menjadi tatapan kalian...

Pertama-tamanya Teacher ingin mengucapkan selamat bercuti.. Semoga cuti panjang kali ini dapat kamu isikan dengan aktiviti yang bermanfaat... Juga, bersyukurlah dengan nikmat cuti ini, kerana setelah sekian lama kamu berhempas pulas belajar dan menduduki peperiksaan, kamu berpeluang untuk meluangkan masa bersama keluarga dan merapatkan tali silaturrahim di antara sanak-saudara dan sahabat-sahabat kamu yang mungkin sudah lama kamu tidak temui atau kunjungi... Teacher percaya ramai antara kamu yang sedang riang gembira menghabiskan cuti di kampung halaman...

Teacher pula tidak berpeluang bercuti panjang seperti kamu, kerana tempoh pengajian Teacher di maktab masih belum tamat. Ada lebih kurang tiga minggu lagi sebelum Teacher menamatkan pengajian di sini. Selepas itu, mungkin Teacher akan 'mengembara'dan merantau sekali lagi untuk memulakan tugas sebagai seorang guru, mengajar di mana-mana sekolah. Tapi, Teacher belum tahu lagi di mana Teacher akan mengajar. Hmm...agak-agaknya di mana ya?

Teacher hanya sempat bercuti di kampung Teacher selama seminggu. Walaupun hanya seminggu, cukuplah jadi pengubat rindu Teacher pada kampung halaman, keluarga dan masakan 'ummi' Teacher...:) .


Teratak Bayt Rahmah- rumah Teacher yang sunyi tetapi akan kembali riuh setiap kali cuti sekolah bermula


Ya... Berjauhan daripada keluarga dalam jangka masa yang agak lama... Hidup berdikari dengan segala susah payah... Itu jugalah yang kamu akan lalui bila kamu sudah menginjak ke usia dewasa suatu hari nanti...

Teringat pula semasa di bangku sekolah rendah dulu, Teacher pernah merasa tidak sabar untuk ke sekolah menengah... kerana tidak tahan dengan kerenah kawan-kawan sebaya Teacher yang selalunya nakal dan kerap mengusik... seperti kamu juga.. (Nakal tahap gaban.. :P).. Teacher masih ingat lagi, semasa Teacher berada di darjah Enam, Teacher pernah memasang cita-cita untuk menyambung pelajaran ke sekolah menengah yang mempunyai pelajar perempuan sahaja, gara-gara tidak tahan menjadi 'mangsa buli' rakan-rakan sebaya Teacher yang lelaki... Mungkin kerana ketika itu, Teacherlah yang paling kecil di antara-antara rakan-rakan, yang menyebabkan Teacher senang dibuli... (Kesian kan..?)

Namun, bila berada di sekolah menengah, Teacher merasa ingin kembali ke sekolah rendah.. lantaran tanggungjawab dan cabaran saat usia meningkat remaja di zaman sekolah menengah yang kian berat dan getir... Namun, ketika itulah di mana semangat dan cita-cita untuk membina impian pada masa hadapan kian menyubur dengan pelbagai cita-cita, keinginan dan kecenderungan... Ketika itu, Teacher mempunyai pelbagai minat dan cita-cita.. bukan hanya satu cita-cita... Teacher pernah bercita-cita untuk menjadi penulis, pelukis, sasterawan, ahli politik, kaunselor dan sebagainya...
Ketika Teacher teringin untuk menjadi seorang penulis, semasa waktu senggang seperti hari cutilah Teacher akan meluangkan masa untuk membaca cerpen, novel dan bahan-bahan sastera..dan kemudian Teacher akan cuba menulis sepenuh perasaan walau hanya serangkap puisi atau walau hanya cerita pendek yang tidak pernah selesai hingga ke hari ini...
Di waktu yang lain, jika Teacher ingin mengasah bakat terpendam untuk melukis, Teacher akan mula mengasah pensel dan mencarik sehelai kertas kosong dan mencapai mana-mana gambar sesiapa jua yang biasanya Teacher sangat kagumi... kemudian Teacher akan melakar potret itu sedikit demi sedikit sehingga terhasil satu lukisan potret walaupun ia tidak begitu menjadi... kerana itulah caranya Teacher menyuburkan minat Teacher terhadap seni... Malah sehingga ke hari ini, minat melukis potret tidak pernah padam dalam diri Teacher walaupun potret-potret yang dilukis tidak pernah menjadi dengan sempurna...



Biasanya, bila Teacher melukis, adik-beradik, serta Umi dan Abah Teacher akan turut sama melihat Teacher melukis sambil sibuk memberi komen sebab lukisan Teacher memang tak pernah menjadi... :P




As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin- Sempena mengenang pemergian seorang pejuang ummah yang gugur syahid..


Sami Yusuf-Artis Nasyid yang membawa lagu Muállim


(Kertas-kertas conteng Teacher dulu-dulu yang berjaya dijumpai kembali)



Seringkali juga, di waktu luang, biasanya setelah Abah Teacher balik dari mendengar ceramah, Teacher akan buru-buru mengadapnya dan mendengar Abah Teacher menceritakan kembali isi ceramah (biasanya ceramah politik) yang didengarinya. Selepas itu, Teacher akan membaca surat khabar yang mengandungi isu-isu atau cerita yang berkaitan dengan ceramah yang Abah Teacher ceritakan... Dan dari situlah... minat Teacher terhadap 'politik' berkembang mekar sehingga Teacher bawa minat itu ke alam kampus (universiti).

Namun... di antara cita-cita Teacher yang banyak itu... hanya satu cita-cita sahaja yang mungkin Teacher akan berjaya capai... Cita-cita yang pernah Teacher pasang ketika di bangku sekolah rendah... Iaitu cita-cita untuk menjadi seorang 'GURU'... Ya... tiada sesiapa menyangka.. kerana Teacher pernah memberontak di dalam hati apabila Umi dan Abah Teacher pernah menyatakan hasrat untuk melihat Teacher menjadi seorang 'GURU'. Teacher memberontak.. kerana kononnya ketika itu, Teacher mempunyai cita-cita yang lebih tinggi dari hanya menjadi seorang 'GURU'. Cita-cita yang tinggi itu, biarlah Teacher rahsiakan sahaja.... Namun... benarlah, doa ibu bapa itu biasanya akan dimakbulkan Allah Taála... Dan kerana itu... saat ini, Teacher semakin sedari bahawa menjadi seorang 'GURU' adalah suatu tugas yang mulia... kerana selain ibu-bapa, hanya ada seorang lagi insan yang ikhlas berusaha untuk mendidik kamu menjadi manusia yang mulia dan berguna... Dan insan itu adalah 'GURU'....

Semalam, Teacher berpeluang menonton satu cerita Jepun yang bertajuk Sensei Wa Erai... Teacher ingin sekali menceritakan kepada kamu akan kisah ini kerana ia begitu mengesankan hingga membuatkan sesiapa yang menontonnya menitiskan air mata... kerana ia menyentuh tentang keikhlasan seorang guru yang ikhlas mendidik pelajarnya dengan caranya yang tersendiri dan bagaimana akhirnya pelajar-pelajarnya hanya menyedari keikhlasan gurunya saat gurunya sudah menghembuskan nafas yang terakhir.....

Memandangkan malam sudah terlalu lewat, Teacher rasa eloklah Teacher ceritakan tentang kisah itu di lain hari.. Insya Allah Teacher akan luangkan masa untuk berceritakan tentang kisah yang mengharukan itu..

Okeylah... Setakat ini dulu catatan daripada Teacher...

Jumpa lagi....

No comments: