Cerita Kita (You, Me and We): Setelah sekian lama..

Monday, July 6, 2015

Setelah sekian lama..

Assalamu'alaikum....
Pada hangat dinihari 19 Ramadhan... Dalam debar dan terharu... Teacher kuatkan juga jari-jemari dan hati Teacher untuk kembali menguak dan mencatat di laman yang sudah terlalu lama ditinggalkan ini.. Blog yang sudah berkepuk dengan habuk usang... Yang tinggal hanya memori2 lama yang rupa-rupanya masih setia terdampar di sini... Tarikh terakhir teacher mencatat di sini ialah 26 April 2009... lebih kurang 6 tahun yang lalu... Ketika 4 bulan selepas Teacher mula ditempatkan di sekolah pertama Teacher di SK Ledang, Muar, Johor... Kenapa Teacher berhenti mencatat dengan tiba-tiba dan meninggalkannya tanpa pesan dengan begitu lama... sehingga anak2 murid Teacher di Sk Brickfields mungkin kini sudah berada di Tingkatan 4 atau 5.. Sebenarnya.. ada beberapa peristiwa yang berlaku ketika itu yang menyebabkan Teacher terus hilang dari dunia blog yang sudah Teacher ceburi semenjak tahun pertama di Universiti..iaitu sekitar tahun 2012... Di mana ketika itu belum ramai lagi pelajar2 sebaya Teacher mempunyai blog atau diari di laman internet.... Ketika Teacher berhenti menulis di sini... ketika itu sebenarnya Teacher menghadapi dugaan yang berat sebagai guru baru di sekolah pertama Teacher.. Teacher mengalami tekanan dan lemah semangat kerana beban kerja yang berlebihan dan tekanan dari pentadbir sekolah yang di luar batasan ketika itu... Sehinggalah pada Januari 2011, Teacher berjaya memohon tukar ke sekolah lain yang masih di dalam daerah Muar.. atau setepatnya Ledang...
 Di Sk Abdullah.. sekolah ke dua Teacher berkhidmat sebagai guru terlatih... Teacher memulakan kehidupan baru... kehidupan yang lebih tenang, ceria, bahagia dan bersemangat di samping rakan2 guru yang baik hati, prihatin serta penyayang... Di sini, bibir Teacher sentiasa terukir senyum bahagia.. menjalani liku2 hidup sebagai seorang pendidik...walau pelbagai cabaran di hadapi.. Teacher tetap ceria di samping keramahan rakan2 guru dan keletah anak2 murid yang menghiburkan.. Tiada lagi titis air mata yang terhambur di balik dinding bilik rumah sewa Teacher yang sunyi dan muram... sebagaimana saat menghadapi kemurungan di sekolah pertama yang terlalu banyak dugaan bagi Teacher.. Namun... impian Teacher untuk pulang berkhidmat di negeri kelahiran Teacher..tidak pernah padam.... Saban tahun, Teacher akan memohon untuk balik mengajar di Kelantan.. semuanya demi keluarga.. Teacher tidak betah bersendirian sebatang kara di perantauan... Lagi pula sebagai seorang perempuan. Teacher sangat memerlukan keluarga untuk meneruskan perjuangan di dalam kehidupan..






 Sehinggalah pada suatu malam yang dingin..sewaktu Teacher sedang menanti bas untuk kembali semula ke Muar (setelah sempat pulang bercuti 2 hari di kampung..kerana ketika itu Muar dilanda jerebu sehingga ke paras tidak selamat...) Teacher telah mendapat khabar bahawa Teacher berjaya dalam permohonan bertukar ke Kelantan... Malam itu, di atas bas, Teacher menutup wajah Teacher dengan baju sejuk, dan mengalirkan air mata sepenuh hati.. dek perasaan yang bercambur-baur antara gembira dan sedih..kerana berjaya pulang berkhidmat di kampung halaman... dan peritnya perasaan ketika itu kerana akan meninggalkan bumi Johor... yang sarat dengan kenangan yang pelbagai warna dan rasa... dengan segala kenangan yang mendewasakan... Akhirnya, pada awal Ramadhan 2013..pada bulan Julai.. Teacher melangkah kaki, berpamitan melambai rakan2 guru-guru dan anak2 murid yang dikasihi.. demi suatu takdir yang sedang menanti di bumi kelahiran... Kelantan.. Apakan daya, wahai anak2... Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. lebih baik di negeri sendiri... Akhirnya dengan hati penuh pasrah..dengan wajah yang sudah lencun dengan air mata.. bumi Johor ditinggalkan juga.. entah kapan akan bersua semula.. Setelah hampir 5 tahun di Johor.. Setepatnya pada 14 Julai 2013, Teacher mengheret langkah ke sebuah desa pedalaman yang penuh asing.. ditemani Abah dan adik Teacher.. Bergetar seluruh perasaan saat menuju ke sekolah baru Teacher, iaitu SK Biak, di hulu Dabong, Kuala Krai.. Saat Teacher sampai di tebing sebuah sungai, tahulah Teacher.. bahawa Teacher akan menghadapi suatu cabaran yang cukup asing di daerah pedalaman itu.. di mana Teacher akan bermesra dengan sungai, perahu, lumpur dan banyak cabaran sebelum kaki ini sampai di halaman sekolah baru... Maka, selepas detik itu..bermulah episod baru di dalam kehidupan Teacher sebagai seorang pendidik...





 Setiap detik, minit, hari, minggu yang bersilih ganti..sehinggalah sudah hampir 2 tahun Teacher di sini... ia menghadiahkan sejuta rasa yang kadang-kala sukar diterjemahkankan... Terkadang, ada rasa riang-ria walau berkali-kali Teacher jatuh tersungkur bermandi lumpur saat mendaki tebing sungai untuk ke sekolah.. Sering juga.. nubari ini dijamah rindu akan segala kenangan yang manis2 di SK Abdullah... Sungguh.. seringkali wajah2 mesra teman2 di sana seakan melambai-lambai... Seakan tahu.. akan jerih perih yang Teacher alami di sini.. Entah kenapa, terlalu banyak bezanya antara di sana dan di sini.. Di sana, segala kesayuan Teacher cepat disapu pergi dengan nasihat dan pujukan rakan2 di sana.. Tetapi di sini, Teacher rasakan cukup sunyi.. Seperti ada sesuatu yang tiada... Mungkin juga kemanisan itu akan tiba.. saat Teacher hampir meninggalkan daerah sepi ini.. Teacher tidak mahu berulang rasa sebegitu lagi... merasa tawar ketika dekat... tetapi baru merasa manis bila mula berjauhan...Merasa kehilangan bila berpamitan saat berpisahan.. Teacher tidak mahu merasai lagi kekesalan sebegitu... Semoga... di sebalik kepahitan, kepedihan cabaran hidup di daerah penuh ranjau ini... Teacher dapat mencipta kebahagiaan sendiri... Mengental azam demi tujuan hakiki... iaitu menjadi seorang pendidik yang dapat membentuk generasi yang punya adab dan terdidik... Moga catatan penyambung ini.. juga akan menjadi nadi penyambung untuk Teacher merakam suka-duka dalam perjuangan sebagai insan di bumi Tuhan... sebelum dijemput pergi.. Doakan Teacher... semoga terus kental.. menghadapi segala-galanya.... Sensei Wa Eraii!! Masih ingta slogan ini?? Teacher ingin menjadi sebagaian daripada mereka....Doakan!!!!

No comments: